Sabtu, 4 Disember 2010

Percutian di Desaru Damai Beach Resort...

"Percutian Desaru Damai Beach Resort"



Kali ini aku,suami dan rakan2 bercadang bercuti sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Johor yg jatuh pada 21&22 november 2010..

First choice selepas berbincang Mutiara Beach Resort menjadi pilihan..kali ini pilih yang berdekatan aje..namun nasib tak menyebelahi kerana Mutiara Beach Resort sudah penuh dengan peserta2 kursus,so Damai Beach Resort menjadi pilihan...so,kitaorang pun mengambil tempahan untuk semalam sahaja..kali ini kitaorang tidak membuat BBQ kerana ingin cuba kelainan sedikit..kalau tak setiap pergi bercuti di tepi pantai mesti buat BBQ..lagipun corum tak cukup pasal satu member ada hal pula...
So,bila sampai masanye aku,suami dan rakan2 bertolak dari Pasir Gudang pukul 9am..4biji buah kereta berkonvoi menuju ke destinasi..perjalanannya cuma memakan dalam 1jam lebih sahaja..tapi kerana jalan Kota Tinggi dalam pembaikan,jadi perjalanannya kali memakan masa 2 jam lebih..
Dalam perjalanan kitaorang rest dulu minum kopi kat hentian berhampiran memasuki simpang ke Desaru...berborak-borak,minum air panas..dah puas kitaorang pun meneruskan perjalanan..dalam 15 minit dari hentian itu,akhirnya kitaorang sampai tempat yang dituju dalam pukul 11 lebih pagi...awal lagi kitaorang berbincang pergi makan tengahari tepi pantai Desaru..ya lah check-in pukul 3pm...


Dekat sinilah kitaorang makan tengahari...bekal memang sudah disedia dari rumah..peh,memang ramai orang masa cuti umum ini..rakyat Malaysia memang best tau,happy family katakan.aku suka permandangan ini...kanak2 happy dengan permainan masing2...
So,kitaorang yang perempuan ini mulalah mengemas dan menyusun makanan agar senang budak2 dan bapak budak makan...


Apa lagi dah siap kemas masing2 memulakan operasi makan..makan untuk memenuhi perut yang memang dah sedia lapar ni...betul la orang kata, hati senang mudah kita merasa lapar..memang best makan beramai-ramai ini,meriah betul...sambil makan sambil cuci mata melihat keindahan sekeliling pantai ciptaan Allah ini...semua indah belaka...kepala yang berserabut boleh lapang selapang-lapangnya...best sungguh makan dengan tiupan angin pantai ni...sambil juga melihat keletah pengunjung disitu...
Dah kenyang,apalagi yang kaum hawa berbual hal ehwal kaum perempuan,manakala lelaki dengan hal diaorang,budak2 pula bermain..ye la sambil menunggu masa untuk check-in...
Masa check-in dah hampir,so kitaorang pun pergi la ke Desaru Damai Beach Resort...sambil tunggu check-in,budak2 pun pergi mandi kolam dekat resort itu..aku dan rakan2,berbual dikerusi yang disediakan khas untuk kita bersantai..suami aku ngan rakan2 lelaki menguruskan hal check-in ni..lama juga la tunggu..ye la orang ramai katakan..

Inilah dia permandangan bangunan Resort itu...candid pakai handset mungkin kurang memuaskan picturenye...so,kira dapat juga la tengokkan...kawasannya memang luas...kolam pun luas...ada tempat BBQ kalau nak buat BBQ...kawasan untuk bersukan pun ade...masa aku sampai ada juga kilang buat Family Day kat resort tu...depan resort itu ada pantai..kalau nak berjalan tepi pantai sambil melihat matahari terbenam pun boleh..kalau nak mandi tak bole ye..almaklumlah musim tengkujuh ini,ade baiknya kita berjaga-jaga..ye tak...ade gelangan tenis tau...kat pagar tenis itu siap ade monyet2 yang bersantai...binatang pun tau nak juga bersantai..hehehe...ingat manusia je yang nak bersantai...




Wah dah lama tunggu kitaorang dapat juga check-in...apalagi masing2 pun pegi la tengok bilik..kitaorang ambil bilik dalam harga RM145..dekat tingkat 3...RM145 semalam siap dengan breakfast...so,berbaloi lah kan..biliknya ade dua katil,air-cond,peti ais,pemanas air,tv dan balkoni nak menghadap kolam dan laut...

Ini pemandangan dari balkoni bilik aku...waktu malam memang best,lihat ombak memecah pantai,kilauan laut yang kena dengan sinaran bulan membuatkan suasananya terlalu indah,bagaikan kalkatu berterbangan...
Memang lapang dada rasanya..segala kekusutan dapat dilerai melihat keindahannya diwaktu malam..




Di Resort ini ada disediakan aktiviti untuk memenuhi waktu malam...ye la selalunya waktu malam kitaorang buat BBQ,kali ini kitaorang memenuhi aktiviti dengan permainan yang ada di Resort itu...ada snooker,ade carom,ada karaoke,ada dat...budak2 dan kaum adam apalagi,diaorang lepas tension ngan main segala game disitu...wah,gembira betul nampaknya..aku ngan rakan2 perempuan berbual dan bersantai di lobby..sambil melihat tv yang telah disediakan...dah penat bermain kitaorang pun keluar makan berhampiran Resort itu...dah kekenyangan,kitaorang pun balik ke Resort semula...
Apalagi diaorang budak2 dengan kaum lelaki,sambung balik dengan aktiviti tadi...sambil juga tunggu bilik karaoke...dah sampai time karaoke,kitaorang pun berkaraoke lah didalam bilik khas yang disediakan...
Dah penat,so kitaorang pun balik kebilik masing-masing...untuk tunggu esoknye pula...

Keesokan harinya,kitaorang bersarapan di resort..pagi itu menunya nasi lemak,mee hoon goreng,coco crunch bersama air susu,roti bakar bersama jem,roti jala,kopi dan teh..buffet..so,apalagi makan lah sampai kenyang..
Sesudah sarapan kitaorang pun mandi kolam...
Aku ajak rakan aku pergi tepi pantai,nanti sambung balik mandi kolam..so,kitaorang pun pergilah tepi pantai..sambil bermain pasir pantai..tak boleh mandi laut bahaya pasal musim tengkujuh,apalagi kitaorang lepas gian dengan main pasirnya..ok apa..best juga..seronok juga tau..dah puas kitaorang sambung balik mandi kolam...
Selepas mandi kitaorang pun balik kebilik masing2..nak kemas apa yang patut..ye la check out pukul 1pm...
Sesudah rest sekejap,dah siap berkemas...sampai timenye kitaorang pun check out...memang seronok juga resort ini...
Kitaorang pun bertolak balik...dalam perjalanan balik kitaorang singgah makan tengahari di kraftangan di Kota Tinggi...perut dah kenyang,kitaorang meneruskan perjalanan pulang...
Inilah percutian ringkas aku dan suami bersama rakan2...memang seronok,hilang stress..dan memang syok habis...
"cuti-cuti Malaysia"
hargailah keindahan pantai kita...jagalah ia untuk generasi masa hadapan...